 Arsenal yang bermain di tempat sendiri berjaya mendapatkan tiket ke Suku Akhir apabila seri 1-1 dengan AS Roma. Arsenal berjaya ke pusingan seterusnya dengan aggregat 2-1. Roma terlebih dulu menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Arsenal mendapat peluang terbaik apabila rembatan kencang van Persie tersasar. Arsenal menggandakan asakan ke kubu Roma dan jaringan yang dicari terhasil pada minit ke-70 menerusi gerakan van Persie yang menggelecek ke dalam petak penalti dan melorongkan bola ke Bendtner yang tidak dikawal dan dengan mudah menolak bola masuk ke gawang Roma. |