AC Milan yang bertandang ke Old Trafford berjaya mencuri mata penuh daripada Man United apabila mencatat kemenangan 2-1. Man United terlebih dulu membuka jaringan menerusi Michael Owen. Milan walaubagaimanapun mengambil kesempatan hasil keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol Man U, Inzaghi merembat kencang dan van der Sar hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya. Man U yang terpaksa memasukkan Wayne Rooney walaupun pemain itu tidak cergas sepenuhnya. Kemasukan Rooney tidak juga berjaya mendapatkan gol. Malah Milan semakin memperkukuhkan lagi pertahanannya. Milan yang mengambil peluang hasil kealpaan Man U menyerang dengan melakukan serangan balas membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus gol kemenangan buat Milan. Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Boriello.
|