Barcelona dan Liverpool yang memulakan kempen peringkat KO Stage UCL dengan penuh debaran dan aksi. Bermain di tempat sendiri seharusnya menjadi kelebihan kepada Barcelona namun perkara yang sebaliknya berlaku. Liverpool terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan Steven Gerrard pada separuh masa pertama. Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil bola rebounce Messi yang disambar oleh Ibrahimovic. Liverpool sekali lagi mendahului juga menerusi rembatan kencang Gerrard. Barcelona yang tidak mahu dimalukan dihadapan penyokong sendiri bekerja keras dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Henry. Barcelona mendapat peluang keemasan pada masa kecederaan apabila Henry dijatuhkan dalam petak penalti. Namun rekod buruk Barca dalam sepakan penalti berulang lagi, Cavliari berjaya menepis sepakan penalti Ibrahimovic dan keputusan seri 2-2. Perlawanan selepas ini, Atletico VS Inter. Satu lagi perlawanan menarik. Jangan ketinggalan menyaksikannya. |