Satu lagi perlawanan UCL yang penuh aksi dan banyak jaringan dihasilkan dari kedua-dua pasukan. Sebagaimana saya telah maklumkan sebelum ini, jangan terlepas peluang menyaksikan perlawanan antara Atletico Madrid menentang Inter Milan. Inter yang pada satu ketika ketinggalan 4-2, berjaya mengejar kembali dan memenangi perlawanan tersebut dengan 5-4. Satu lagi perlawanan iaitu pertembungan Valencia dan Chelsea. Chelsea bermula dengan baik dan berjaya mendahului pada separuh masa pertama dengan 2-0. Manager Valencia yang menerima panggilan daripada isterinya terus bersemangat dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dalam masa kurang 10 minit. Namun Chelsea menarik nafas lega apabila memenangi perlawanan tersebut di tempat lawan dengan 3-2. Satu lagi perlawanan yang pasti menggegak gempitakan stadium iaitu pertembungan antara Juventus dan Tottenham Hotspurs. Sama-sama kita saksikan tersebut pada hari Isnin nanti.
|