 UEFA Champions League yang julung kalinya diadakan menyaksikan Liverpool berjaya melangkah ke pusingan Suku Akhir UCL menundukkan Barcelona yang merupakan pasukan fovourite dengan 1-0. Barca yang gagal menyerlah pada perlawanan pertama ditempat sendiri apabila hanya mampu seri 2-2. Barca terpaksa turun walaupun tidak ramai pemainnya yang cergas. Liverpool tidak sia-siakan peluang itu serta tidak sanggup mengecewakan penyokongnya sendiri walaupun mereka tahu, Rafa Fernandez tidak akan bersama mereka musim depan. Liverpool mengasak kubu Barca bertali arus namun benteng pertahanan yang diketuai Puyol agak kebal. Pelbagai percubaan dilakukan namun gol yang dicari The Reds akhirnya muncul pada minit ke-54 hasil rembatan bertali arus ke arah Valdes. Rembatan pertama dari Torress ditampan keluar oleh Valdes. Rembatan kedua oleh Benayoun terkena pertahanan Rembatan kali ketiga oleh kapten Steven Gerrard terkena Puyol dan bola melantun terkena Marquez dan bola menerjah jaring Barcelona. Barca walaubagaimanapun berjaya mendapat peluang untuk mendapatkan gol penyamaan namun gol semangat yang diperolehi dulu oleh Liverpool menyebabkan pertahanannya bermati-matian menjaga gawang mereka dari dibolosi. Barca akhirnya gagal mencari gol sehingga tamat perlawanan. Liverpool pasukan pertama melangkah ke pusingan Suku Akhir. |