Aston Villa menunjuk belangnya apabila dengan mudah menewaskan Fiorentina dengan 5-0 dalam pertandingan UEFA Champions League. Aston Villa yang bermain dengan tenang berjaya membuka tirai jaringan menerusi Heskey. Hantaran lintang Delph ditanduk kencang oleh Heskey untuk gol pertama Aston seawal minit ke-5. Aston seterusnya melebarkan jaringan melalui Agbonlahor. Fiorentina seperti hilang rentak apabila semua hantaran dan strategi yang diatur tidak menjadi. Malah Aston Villa menambah jaringan demi jaringan tanpa belas kasihan sehingga kedudukan menjadi 5-0. Hanya keajaiban saja boleh menyelamatkan Fiorentina di stadium Villa Park nanti. |