
AC Milan yang menerima kunjungan Arsenal gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas teruk kepada Arsenal 0-4. Kedua-dua pasukan memperolehi peluang keemasan pada separuh masa pertama namun gagal membolosi gawang lawan masing-masing. Separuh masa kedua Arsenal memecah kebuntuan menerusi rembatan Samir Nasri pada minit ke 56. Susulan daripada jaringan itu, Abou Diaby menyumbat gol kedua dan ketiga menerusi rembatan jarak jauh dan juga tandukan. Gol terakhir Arsenal pada perlawanan ini dijaringkan oleh Bendtner. Arsenal akan menerima kunjungan AC Milan di Emirates. |