Empat pasukan telah pun menempah tiket ke perlawanan Semi Final UCL. Inter akan bertemu Arsenal semi final pertama. Manakala Tottenham Hotspurs akan bertemu Chelsea pada semi final kedua. Inter merupakan pasukan pilihan yang akan menjuarai piala berprestij buat julung kalinya diadakan. Laluan Inter agak mudah untuk sampai keperingkat semi final di mana Inter membelasah Atletico dengan aggregat 9-4 pada peringkat pusingan kedua. Dan menewaskan Aston Villa dengan aggregat 7-4 diperingkat suku akhir. Arsenal masih gagal menewaskan Inter dalam semua pertandingan setakat ini. Chelsea juga merupakan pasukan pilihan apabila berhadapan Spurs nanti. Chelsea yang bekerja keras untuk sampai ke pusingan semi final setelah menundukkan Real Madrid dengan aggregat 3-1 pada peringkat suku akhir. Siapa bakal juara? Anda ramalkan... |