Musim ke-6 telah pun tamat dan Inter ditabal sebagai Juara Liga Super dan sekaligus mendapat jolokan Juara Sepanjang Zaman. Perlawanan terakhir Liga Super adalah pertemuan di antara AS Roma dan Inter yang berkesudahan Roma menang 6-3. Suatu keputusan di luar jangka. Pemerhati bolasepak mengjangkakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan tersebut. Inter dibolosi sebanyak 6 gol? Inter sebelum ini tewas kepada Juventus dan kini tewas pula kepada Roma. Dua pasukan dari Liga Perdana pada musim sebelumnya. Malangnya keputusan itu, meletakkan Juventus ditangga kedua terbawah dan sekaligus mengiringi Porto turun ke Liga Perdana. Arsenal pula gagal mempertahankan kedudukan tempat keduanya juga apabila tewas pada perlawanan terakhirnya juga kepada Roma dengan 2-0. Manchester United yang dipimpin oleh pengurus baru iaitu Ikhmal Ferdusun berpuas hati dengan tempat kedua. Pemegang kasut emas bagi Liga Super jatuh kepada Wayne Rooney dengan 9 gol. Pengurus bagi pasukan Juventus dan Porto dijangka melepaskan pasukan masing-masing dan memimpin pasukan baru bagi menghadapi musim yang mencabar pada musim ke-7 nanti. Manakala Liga Perdana pula Real Madrid yang berbelanja besar ke atas bintang bolasepak iaitu Ronaldo dan Kaka' ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana dan hampir mencipta rekod tanpa kalah apabila tewas sekali kepada Atletico Madrid. Tiga pasukan akan mengiringi Real naik ke Liga Super ialah Chelsea dan AC Milan. Pastinya Liga Super mensajikan perlawanan yang hebat pada musim ke-7 nanti. Dua pengurus baru yang akan melangkah ke arena yang berprestij ini iaitu Ucop Ferrari dan Inai Own yang masing-masing memimpin Juventus dan Valencia. Pengurus lama Valencia akan memimpin West Ham United bagi menghadapi cabaran musim depan. Pemegang kasut emas bagi Liga Perdana jatuh kepada Kaka' dengan jaringan sebanyak 12 gol.