Beberapa pasukan dari Liga Perdana akan naik ke Liga Super musim depan. Beberapa manager(s) juga berubah angin ke kelab baru. Kita bermula dengan Liga Super. Dua pasukan musim ke-6 akan turun ke Liga Perdana iaitu Fahmi Ferrari yg membimbing Porto dan Pauzi Sepalatti yg membimbing AS Roma. AS Roma merupakan juara Liga Perdana musim ke-5 gagal mengekalkan pasukan dalam kelompok Elit. Fahmi Ferrari membuat keputusan mengambil Tottenham Hotspurs sebagai pasukannya untuk musim ke-7 nanti dan agar digelar sebagai Fahmi Rednappin. Kita beralih ke Liga Perdana pula. Real Madrid, Chelsea dan AC Milan akan melonjak naik ke Liga Super. Sepatutnya 2 pasukan saja yang layak naik ke Liga Super tetapi disebabkan 2 pasukan baru menyertai WEC maka WEFA menetapkan 3 pasukan (tempat pertama hingga tempat ketiga) akan layak naik ke Liga Super. Sebarang bantahan hendaklah mengemukakan bersama yuran jaminan sebanyak USD$ 18 juta. Dua pasukan yang menyertai WEC ialah Juventus (Ucop Ferrari) dan Valencia (Inai Own). Berikut merupakan senarai pasukan Liga Super dan Liga Perdana. Jika terdapat sebarang perubahan pasukan sila maklumkan kepada WEFA sebelum berakhir World Cup Season.