
Jerman sekali lagi menjuarai Winning Eleven World Cup edisi ketiga menewaskan Russia dengan 3-1 petang semalam. Jerman yang dilatih oleh Faisal Wenger mendapat gol pertama menerusi pemain sayap yang berkaliber iaitu Schweinsteiger hasil dari kesilapan pertahanan Russia yang cuba mengeluarkan bola dari kotak penalti tetapi tersepak ke kaki Schweinsteiger yang dengan deras merembat kencang menewaskan Petr Cech. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua ketua pasukan Jerman iaitu Michael Ballack meletakkan Jerman 2 gol di hadapan dengan larian kencang menewaskan beberapa pertahahan sebelum meledakkan gol ke dalam gawang Russia. Pada minit ke - 72, Ballack sekali membuat kejutan kepada penonton, dengan sepakan deras dari jarak 30 meter menewaskan Cech yang merupakan rakan sepasukannya di Chelsea. Jurulatih Russia, Buz Mourinho cuba bangkit dan berjaya memperolehi gol saguhati pada minit ke-87 menerusi tandukan Pogrebnyak. Namun semua itu sudah terlambat bagi beliau yang tewas kepada seteru utamanya di WE Upper League. Ballack dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
|