WEL musim kedua bakal menutup tirainya dalam 3 minggu lagi. Perebutan tempat pertama sekaligus juara liga masih lagi menjadi impian Inter Milan untuk mengekalkan kedudukan tempat pertama apabila mereka masih lagi mempunyai 3 baki perlawanan iaitu menentang Athletico Madrid(home & away) dan juga Juventus. Inter begitu yakin mampu menewaskan dua lawannya dengan begitu mudah. Prestasi turun naik Athletico sukar dijangka sama ada mereka mampu menewaskan Inter. Juventus pula masih belum menunjukkan prestasi yang memberansangkan apabila hanya mencatatkan 3 kemenangan daripada 18 perlawanan. Sekiranya Inter menang baki 3 perlawanan ini, maka Inter berjaya mengekalkan gelaran Juara Liga bagi musim kedua dengan 62 mata. Hanya 4 mata dihadapan pendahulu liga sekarang, Arsenal. Pasukan yang meningkat naik musim ini ialah Liverpool. Manakala pasukan yang turun prestasinya ialah Barcelona kerana mereka banyak mencatat keputusan seri iaitu sebanyak 10 kali seri.
|