 Manchester merupakan pasukan pertama melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Winning Eleven Cup (WEC) apabila berjaya menumpaskan Liverpool dengan aggregat 9-4. Red Devils kelihatan hebat bermain ditempat sendiri dengan membenam Liverpool 5-1. Kerapuhan barisan pertahanan dan kecuaian penjaga gol Jose Reina mengundang kemarahan pengurus Rafa Fernandez. ManU dengan mudah memperkotak-katikkan pertahanan The Reds dengan corak permainan yang "cool". St. AnfieldLiverpool yang turun ke gelanggang sendiri dengan tekad dan keazaman menumbangkan Red Devils terserlah apabila Xavi Alonso meletakkan Liverpool dihadapan. Namun ManU tidak berdiam diri dan menunggu asakan daripada Liverpool. Mereka juga mengatur serangan dan berjaya menyamakan kedudukan jaringan daripada Rooney. Ronaldo merupakan pemain terbaik perlawanan meletakkan ManU di hadapan dengan jaringan cantik beliau menerusi sepakan sudut sebelah kanan pintu gol terus ke gawang Liverpool. Kemudian Liverpool menjaringkan gol penyamaan. Kerakusan ManU terserlah apabila menjaringkan dua gol lagi dan menjadikan keputusan 4-2. Namun di akhir permainan Liverpool menyumbang satu gol lagi dan keputusan berakhir dengan 4-3.
Menanti Manchester dipusingan Separuh adalah antara Inter dan juga Ath. Madrid.
|