 Arsenal ditabalkan sebagai juara WEC musim ke-2 setelah menundukkan Inter 3-2. Jaringan hat-trick van Persie mengecewakan penonton Inter. Arsenal bermula dengan baik apabila van Persie menjaringkan gol pertama seawal minit ke-13. Gol kedua van Persie dijaringkan dari luar kotak penalti. Inter berjaya merapatkan jurang di akhir minit separuh masa pertama. Jaringan kencang oleh Ibrahimovic. Van Persie menanduk gol ketiganya apabila menerima hantaran lintang daripada Adebayor. Inter sekali lagi memberi cabaran dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-87. Arsenal mula memperlahankan rentak permainan sehingga ke wisel penamat. Van Persie dianugerahkan pemain terbaik perlawanan akhir. Buz Mancini berkata, "Sokongan padu oleh penyokong Arsenal nyata memberi tekanan kepada pemain-pemain saya. Mereka bermain dengan baik namun kemenangan memihak kepada Arsenal." Pengurus Inter yang kelihatan lebih banyak mendiamkan diri semasa perlawanan berlangsung. Faisal Wenger pula berkata, "Terima kasih kepada penyokong-penyokong kami. Kami berjaya menebus kekecewaan pada musim lepas. Pemain saya berhak meraikan kemenangan ini." |