 Inter Milan yang selama ini digelar pasukan hebat tahap dewa akhirnya tumpas di tangan musuh tradisinya Arsenal dalam pertembungan Piala FA 2-1. Inter sebelum itu telah membenam Spurs dengan 4-0 untuk berhadapan dengan Arsenal. Inter terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Eto'o pada minit ke 15. Arsenal kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan kencang Tomas Rosicky. Kedudukan kekal sehingga tamat wisel separuh masa pertama. Inter mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan namun semua percubaan itu gagal dimanfaatkan dengan baik. Akhirnya Arsenal mengejutkan pasukan lawan dengan rembatan kencang Van Persie pada minit ke 70. Arsenal kemudian menukar corak permainan bertahan untuk layak ke pusingan seterusnya bertemu Manchester City. |