 Arsenal dan Man United memulakan kempen Liga Super bagi musim ke-9. Bermain di Old Trafford tidak menjadi halangan bagi Arsenal untuk mengusai permainan. Arsenal bermula dengan baik apabila Maroune Chamakh menyudahkan percubaan Arshavin yang melantun ke kakinya dan merembat kencang menewaskan Van Der Sar seawal minit ke-6. Arsenal hampir-hampir berjaya mendapatkan gol kedua sama keadaannya seperti gol pertama namun percubaan Chamakh kali ini tersasar melewati palang gol. Man United sekali sekala melakukan serangan berbahaya menerusi penyerang berbisanya Wayne Rooney namun Rooney tidak berada dalam kecerdasan sepenuhnya. Gol tunggal Chamakh memberi mata penuh kepada Arsenal. |