Holland dan Cameroon sekali lagi berjumpa dan kali ini dalam pusingan separuh akhir World Cup. Cameroon dengan misi menebus kekalahan mereka dalam peringkat kumpulan 1-0 akan cuba mengekang serangan pihak lawan yang diketuai oleh van Nistelrooy. Holland berjaya menewaskan Portugal dengan 2-1 walaupun ketinggalan 1-0 pada mulanya hasil jaringan Deco. Portugal gagal layak ke separuh akhir walaupun memiliki pemain terbaik FiFa iaitu Ronaldo. Manakala Italy dikejutkan oleh jaringan Webo pada awal permainan. Pertahanan Italy lebih memberi kawalan ketat ke atas Eto'o dan peluang itu dimanfaatkan Cameroon untuk memberi peluang kepada Webo. Italy hampir menyamakan kedudukan namun pertahanan Cameroon berjuang habis-habisan untuk mempertahankan gawang mereka. Dua perlawanan lain Germany Vs France dan Brasil Vs Argentina masih belum berlangsung.
|