Liverpool sekali lagi membuktikan bahawa strategi dan juga taktik amat penting bagi kemenangan sesuatu pasukan. Kali ini, mereka menewaskan pasukan yang berada ditangga pertama liga dengan aggregat 2-1. Liverpool yang menang pada perlawanan pertamanya lebih berhati-hati dengan melakukan taktik bertahan dan melakukan serang balas dengan meletakkan Crouch di hadapan dibantu oleh Babel dan Kuyt di sebelah kiri dan kanan. Pada musim lepas, Liverpool layak ke suku akhir dengan menewaskan Spurs dengan aggregat 2-1. Namun tewas kepada Manchester United dengan aggregat 9-4 pada peringkat suku akhir. Liverpool akan bertemu Juventus pada peringkat suku akhir pada kali ini. Juventus juga pasukan yang membuat kejutan menewaskan Bayern dengan aggregat 1-1 dan Juve layak dengan kelebihan jaringan ditempat lawan.
Suku Akhir
     
  |