Perlawanan timbal balik telah berlangsung semalam antara Barcelona dan juga Tottenham Hotspurs di mana keputusan seri 1-1 telah melayakkan Spurs untuk ke Suku Akhir bertemu Newcastle United. Barca yang sepatutnya menang mudah ke atas Spurs gagal memanfaatkan peluang yang ada walaupun berhadapan dengan penyokong sendiri. Barca hampir berjaya mendapat gol pertama perlawanan menerusi Bojan apabila beliau berjaya menggelecek pertahahan dan juga penjaga namun sepakannya terlalu kuat dan terkena palang. Barca sekali lagi hampir berjaya mendahului namun peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan oleh Ronaldinho. Barca akhirnya berjaya juga mendapat gol yang dicarinya menerusi rembatan kencang Henry dalam kawasan penalti Spurs. Spurs yang asyik bertahan kembali melakukan serangan balas dan berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Berbatov. Spurs ke Suku Akhir WEC dengan aggregat 3-1.
|