 Barcelona yang bertandang ke Anfield dengan semangat juang yang tinggi gagal memperolehi 3 mata penuh apabila tewas 2-1 kepada Liverpool. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0 apabila kedua-dua pasukan bekerja keras mempertahankan gawang masing-masing. Masuk separuh masa kedua, Liverpool lebih dulu menjaringkan gol menerusi Torres yang meledakkan bola walau cuba ditampan oleh Valdes. Barcelona menggandakan asakan ke kubu Liverpool yang agak goyah dan hasilnya gol penyamaan dijaringkan oleh Henry yang menggelecek meninggalkan pertahanan Liverpool dan menjaringkan gol. Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan untuk meletakkan pasukan mereka dalam TOP 5. Namun Liverpool yang mempunyai kelebihan bermain ditempat sendiri memperolehi gol ke-2 mereka dan sekaligus gol kemenangan Liverpool. Gol kemenangan Liverpool dijaringkan oleh Torres. Eto sekali lagi hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan namun sepakannya terkena palang gol. Penyokong Liverpool menyebut nama Torres sebagai hero mereka. |