 Arsenal yang berhadapan dengan Manchester di Stadium Emirates masih lagi mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga apabila menang 2-0. Adebayor melengkapkan jaringan kemenangan dengan jaringan kedua selepas jaringan pertama daripada v.Persie. Permainan pantas kedua-dua pasukan menghiburkan penonton apabila mereka berbalas serangan. Banyak peluang Manchester hadir namun jentera serangan mereka gagal memanfaatkan peluang tersebut kepada jaringan. Akhirnya Arsenal melalui jaringan v.Persie yang meledakkan gol dari sebelah kiri pintu gol. Jaringan kedua pula menyusul hasil hantaran lintang dari Clichy berjaya ditanduk oleh Emanuel Adebayor. Arsenal melonjakkan diri ke tangga teratas hasil 3 mata penuh di gelanggang sendiri.
|