 The Azzurri muncul juara Piala Dunia selepas menewaskan Cameroon 3-0 menerusi penentuan penalti dalam aksi perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Multimedia, Jerman.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa.
Pemain terbaik Africa untuk tempoh 50 tahun, Roger Milla menjaringkan gol pendahuluan Cameroon pada minit ke-67 sebelum Antonio Di Natale berjaya mengikat kedudukan buat Itali pada minit ke-91 sekaligus meranapkan impian Cameroon untuk menjulang piala berprestij rebutan 13 negara. Dalam penentuan penalti, penjaga gol terbaik Itali Gianluigi Buffon menyelamatkan tiga rembatan penalti sekaligus menyempurnakan impian Itali untuk merangkul Piala Dunia yang pertama kali dianjurkan oleh WEFA. Itali meraikan kejuaraan dengan melompat dan menjerit kegirangan seperti budak berusia5 tahun. Pengurus Buz Lippi menyalakan rokok Suria tanda puas hati dengan kemenangan pasukan pimpinannya sementara pemain Cameroon melutut kekecewaan di tengah padang. |