Winning Eleven Challenge

 
WEL Table [Super League]
TEAM
Pld
PTS
Man City
16
32
Man United
15
26
Juventus
16
22
Arsenal
15
21
Real
12
18
Inter
13
18
Barcelona
16
17
At. Madrid
16
14
Aston Villa
11
11
Relegated Zone
9th May 2011
WEL Table [Premier League]
TEAM
Pld
PTS
Liverpool
14
31
Tottenham
12
23
O. Lyon
13
22
Chelsea
14
16
Bayern
13
14
AC Milan
9
10
PSG
13
9
AS Roma
10
6
9th May 2011
WEC (FA CUP)
SEMI FINAL Score
BAYERN
-
REAL MADRID
-
 
INTER
3
ARSENAL
2
 
SUPER CUP
TEAM Score
INTER
3
LIVERPOOL
1
Top 5 Scorer League
PLAYER(s)
GOALS
Aguero
15
Rooney
13
Carrol
13
Milito
12
Lisandro
9
Top 5 Assists League
PLAYER(s)
Comp Pass
Pandev
4
Tevez
4
Barry
4
Silva
4
Fabregas
4
Yellow Card
TEAM
YC
BARCELONA
24
MAN CITY
13
ARSENAL
13
SPURS
12
MAN UNITED
11
Red Cards
TEAM
RED CARDS
MAN CITY
4
MAN UNITED
3
JUVENTUS
2
AT. MADRID
2
LIVERPOOL
2
Torres Wira Liverpool
Thursday, January 17, 2008
Barcelona yang bertandang ke Anfield dengan semangat juang yang tinggi gagal memperolehi 3 mata penuh apabila tewas 2-1 kepada Liverpool. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0 apabila kedua-dua pasukan bekerja keras mempertahankan gawang masing-masing. Masuk separuh masa kedua, Liverpool lebih dulu menjaringkan gol menerusi Torres yang meledakkan bola walau cuba ditampan oleh Valdes. Barcelona menggandakan asakan ke kubu Liverpool yang agak goyah dan hasilnya gol penyamaan dijaringkan oleh Henry yang menggelecek meninggalkan pertahanan Liverpool dan menjaringkan gol. Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan untuk meletakkan pasukan mereka dalam TOP 5. Namun Liverpool yang mempunyai kelebihan bermain ditempat sendiri memperolehi gol ke-2 mereka dan sekaligus gol kemenangan Liverpool. Gol kemenangan Liverpool dijaringkan oleh Torres. Eto sekali lagi hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan namun sepakannya terkena palang gol. Penyokong Liverpool menyebut nama Torres sebagai hero mereka.
posted by Winning Eleven @ 7:46 PM   0 comments
Eto Penyelamat Barcelona
Anddy Rijkaard yang mencetuskan perang psikologi terhadap Rafa Fernandez sebelum pertemuan mereka di Nou Camp hampir-hampir dimalukan di hadapan penyokong sendiri apabila Liverpool yang mendahului pada separuh masa pertama dengan dua gol. Dua gol Liverpool dijaringkan oleh penjaring terbanyak mereka, Fernando Torres. Gol awal Liverpool diperolehi seawal minit ke-3 apabila berlaku keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol Barca. Torres yang berada pada kedudukan yang betul menolak masuk untuk gol pertama Liverpool. Torres sekali lagi melebarkan jaringan apabila bola yang dirembat kencang oleh Voronin ditepis Valdes dan ke kaki Torres dan dengan mudah untuk meletakkan Liverpool dua gol dihadapan. Masuk separuh masa kedua anak buah Rafa Fernandez yang agak keletihan di asak bertubi oleh 3 serangkai penyerang, Henry, Eto dan Ronaldinho. Ronaldinho merapatkan perbezaan gol pada minit ke-54 apabila ruang kiri kotak penalti yang terbuka luas yang ditinggalkan oleh Hypia digunakan sepenuhnya untuk membenam bola disebelah kanan pintu gol melepasi Reina. Gol penyamaan dijaringkan oleh Eto pada minit akhir permainan. Hantaran daripada Ronaldinho melepasi pertahanan Liverpool dapat dikejar oleh Eto dan hanya berhadapan satu lawan satu dengan Reina. Eto yang tenang menguis bola sebelum diterpa Reina menolak bola dengan mudah untuk gol penyamaan Barcelona.
posted by Winning Eleven @ 7:25 PM   0 comments
Barcelona Menang Tanpa Tekanan
Pengurus Barcelona Anddy Rijkaard membuktikan kepada semua penyokongnya bahawa beliau adalah orang yang tepat untuk mengendalikan skuadnya apabila menang dua lagi perlawanan ke atas Newcastle masing-masing 3-0 dan 2-1. Dengan itu melonjakkan Barcelona ke tangga ke-6 dan akan terus menggugat kedudukan Manchester(3rd), Spurs(4th) dan AC Milan(5th) sekiranya mereka menang semua perlawanan.
posted by Winning Eleven @ 4:32 PM   0 comments
Manchester and Arsenal draw 3-3
Wednesday, January 16, 2008
Seperti yang dijangkakan perlawanan ini menjanjikan banyak aksi menarik dan mendebarkan penonton. Manchester bermain secara defensive dengan meletakkan 5 orang pertahanan bagi menahan asakan daripada Arsenal. Pada 15minit awal permainan Arsenal agak obses untuk menjaringkan gol namun Manchester dengan menggunakan kelebihan pemain-pemainnya yang berlari pantas melakukan counter attack untuk gol pertama ManU. Arsenal cuba menyerang secara berhati-hati dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan 1-1, gol yang dijaringkan oleh Fabregas di mana rembatannya terkena pertahanan ManU dan masuk. Arsenal mendahului semula 2-1 jaringan separuh volley daripada Rosicky dari luar kotak penalti yang menerima hantaran leret dari v.Persie. ManU tetap memberi saingan. Gol kedua mereka diperolehi daripada jaringan Tevez yang menenggelecek dua pertahanan Arsenal sebelum menolak masuk setelah Almunia keluar sebelum bola masuk ke gawang Arsenal. Dengan permainan berbaki 5 minit, Arsenal kelihatan tenang mencari gol penyamaan dan gol penting tersebut di jaringkan oleh v.Persie. V.Persie menggelecek masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat kencang kesudut kiri gawang ManU. Kedudukan berakhir 3-3.
posted by Winning Eleven @ 6:18 PM   1 comments
Goal Glut at San Siro
Inter Milan semakin memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal apabila menang besar ke atas AC Milan. Inter yang bermula dengan gol pertama hasil jaringan cantik Ibarahimovic. Milan tetap memberi saingan apabila menyamakan kedudukan 1-1 jaringan daripada Ronaldo yang menerima hantaran leret Pato. Namun selepas Inter mendahalui sekali lagi, mereka terus berpesta gol sehingga jaringan ke-5. Milan mendapat gol keduanya pada masa kecederaan menjadi kedudukan 5-2.
posted by Winning Eleven @ 5:20 PM   0 comments
Anddy Rijkaard Is Back!!!
Monday, January 14, 2008
Anddy Rijkaard kembali mengendalikan Barca dengan dua pertemuan pasukan yang sedang meningkat naik iaitu Juventus dan Real. Secara keseluruhannya, Barca masih lagi belum mantap dari segi teknik serangan kerana gagal menjaringkan banyak gol sekurang-kurangnya 2-3 gol. Barca yang hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Juventus nyata belum bersedia untuk menghadapi musim kedua yang hebat. Yang lebih teruk lagi, 2 kad merah diperolehi pada awal permainan oleh Zambrotta yang membentis keras Nedved(mujur dia tak apa2). Satu lagi kad merah diperolehi daripada Messi yang menerima kad kuning kedua. Dalam 1 lagi perlawanan Barca bertemu Real Madrid. Kedua-dua pasukan saling menyerang ke kubu lawan. Banyak percubaan yang membahayakan dilakukan kedua-dua pasukan. Namun Barca berjaya memperolehi gol yang dinanti-nantikan penyokongnya pada lewat permainan iaitu pada minit ke 90. Gol berpunca dari gerakan Ronaldinho yang membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan rembatan kencang namun sepakannya itu berjaya ditampan oleh Casilas namun Henry menyambut bola rebound itu untuk membenam bola ke gawang Real. Barca perlu mempertingkatkan mutu permainannya untuk bersaing dengan pasukan hebat yang lain.
posted by Winning Eleven @ 10:13 PM   1 comments
Barca Fans Wait For Anddy
Barca fans was bored with Anddy Rijkaard 'coz they have waiting for a long time to see a new tactics or strategies that he bring during X'mas holidays. Barca yang setakat ini baru bermain dua game dengan masing-masing menang dan kalah. Menang 4-1 ke atas Celtic (pasukan belasahan setakat ini) dan tewas kepada Arsenal (top of the table) 4-2. Ramai managers telah bersiap sedia untuk menguji kehebatan Barca yang sebenar. Atau adakah Barca masih lagi bergantung kepada nasib untuk menang sesuatu perlawanan sama seperti musim pertama.
posted by Winning Eleven @ 4:59 PM   0 comments
Milan Menang Besar!!!
Thursday, January 10, 2008

Milan yang bangkit dari kekalahannya pada Liverpool menang besar ke atas Bayern Munchen 1-4. Perlawanan yang agak seimbang pada separuh masa pertama bertukar berat sebelah apabila Milan menggandakan asakan hasil pertukaran strategi oleh Ady Ancelotti. Milan berjaya mendahului dengan gol hasil jaringan cantik oleh Gilardino dan Ronaldo. Bayern yang tidak berputus asa cuba merapatkan jurang dengan gol pertama Bayern melalui Podolski yang menggelecek dua orang pertahanan Milan dan membenam gol pertama Munchen. Milan yang rakus dan bersemangat untuk menang merobek gawang Bayern dengan dua gol lagi yang dijaringkan oleh Ronaldo dan Kaka.
posted by Winning Eleven @ 11:14 PM   0 comments
Liverpool Kekal Di Tangga Ke-4
Liverpool dan Milan bermula dengan baik pada babak pertama permainan. Kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan tiga mata penuh dari permainan ini. Pergerakan Ronaldo yang terbatas kerana dibayangi oleh Carragher telah memberi peluang kepada Liverpool untuk mengasak kubu pertahanan Milan yang kental dengan lebih hebat. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Fernando Torres hasil hantaran lintang Babel yang ditanduk menewaskan Dida (kembalikan la semangatku).. Rafa Fernandez telah membuktikan kepada penyokong Liverpool bahawa dialah pengurus yang layak bagi Liverpool. Rafa Fernandez hanya berkata dengan yakinnya, "You'll Never Walk Alone".
posted by Winning Eleven @ 11:00 PM   0 comments
Arsenal Tewaskan Manchester
Monday, January 7, 2008
Arsenal yang berhadapan dengan Manchester di Stadium Emirates masih lagi mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga apabila menang 2-0. Adebayor melengkapkan jaringan kemenangan dengan jaringan kedua selepas jaringan pertama daripada v.Persie. Permainan pantas kedua-dua pasukan menghiburkan penonton apabila mereka berbalas serangan. Banyak peluang Manchester hadir namun jentera serangan mereka gagal memanfaatkan peluang tersebut kepada jaringan. Akhirnya Arsenal melalui jaringan v.Persie yang meledakkan gol dari sebelah kiri pintu gol. Jaringan kedua pula menyusul hasil hantaran lintang dari Clichy berjaya ditanduk oleh Emanuel Adebayor. Arsenal melonjakkan diri ke tangga teratas hasil 3 mata penuh di gelanggang sendiri.

posted by Winning Eleven @ 4:04 PM   0 comments
Manchester Menang Tipis
Thursday, January 3, 2008
Manchester menang tipis ke atas Chelsea 1-0 pada perlawanan lewat petang semalam. Kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan menarik dengan berbalas serangan. Beberapa percubaan menarik Chelsea hampir-hampir memecah kebuntuan pada minit ke-28 apabila sepakan lencong Lampard berjaya di tepis cemerlang Van Der Sar. Corak permainan pantas Chelsea yang lebih tersusun mengucar-kacirkan kubu ManU namun mereka dapt bertahan. Dalam kesibukan menyerang, ManU berjaya mencuri peluang pada minit ke-72 serangan balas oleh Rooney melarikan bola tanpa dapat dikejar oleh pertahanan Chelsea hingga berhadapan satu sama satu dengan Cech dan dengan mudah memperdayakan penjaga gol tersebut untuk gol pertama dalam perlawanan itu. ManU terus bertahan sehingga ke wisel penamat.
posted by Winning Eleven @ 4:24 PM   0 comments
Inter jinakkan Milan
Milan tidak dapat meneruskan prestasi meningkatnya apabila tewas kepada Inter 1-5 di gelanggang sendiri. Milan tampak yakin apabila berhadapan dengan Inter yang kehilangan bintang utamanya Adriano yang dipinjamkan kepada Sao Paolo. Namun bintang baru david Suazo tidak mensia-siakan peluang bermain di kesebelasan utama apabila berjaya menjaringkan tiga gol untuk Inter. Dua gol lagi dijaringkan oleh Ibrahimovic. Gol saguhati Milan dijaringkan oleh Gilardino.
posted by Winning Eleven @ 4:18 PM   0 comments
Ady Ancelotti stop Spurs!!
Wednesday, January 2, 2008
Ady Ancelotti menahan kemaraan Spurs yang belum tewas semenjak musim baru bermula. Milan bermula dengan baik apabila mendapat gol pada minit ke-27 melalui sepakan kencang Gattuso hasil dari keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Spurs. Gol kedua Milan menyusul dan kali ini hasil jaringan "kuda tua" Ronaldo pada akhir minit separuh masa pertama. Juade Fahmi yang agak tenang menghadapi situasi itu memulakan permainan separuh masa kedua dengan agak baik seawal minit ke-51 mereka berjaya merapatkan jurang hasil jaringan ketua pasukan Keane. Namun AC Milan tidak menunggu lama. Pada minit ke 61, Gilardino menghukum kerapuhan benteng pertahana Spurs untuk gol ketiga Milan.
posted by Winning Eleven @ 6:40 PM   0 comments
Manchester defeat Real Madrid

Manchester bangkit semula selepas tewas 2-0 kepada Liverpool pada perlawanan sebelumnya dengan menewaskan Real Madrid yang tampak hebat pada beberapa perlawanan persahabatan. Perlawanan pada separuh masa pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0. Masuk separuh masa kedua, Azmil Ferguson menukar taktik permainannya dan berjaya mendapat gol yang pertama menerusi Tevez. Sepakan deras Tevez menuju ke sudut pintu gol menewaskan Iker Casilas. Bobo Schuster tidak duduk diam. Beberapa taktik serangan diatur dan akhirnya membuahkan hasil apabila tandukan ketua pasukan Raul menewaskan Van Der Sar untuk menyamakan kedudukan. Kedua-dua manager beradu kehebatan strategi namun kepetusan berpihak kepada ManU apabila rembatan kaki kiri Rooney sekali lagi menewaskan Casilas untuk gol kemenangan ManU.
posted by Winning Eleven @ 6:23 PM   0 comments
Inter defeated again!!!
Tuesday, January 1, 2008
Inter tewas buat kali kedua pada musim ini dan kali ini kepada Tottenham Hotspurs 1-2. Inter yang sebelum ini tewas kepada Arsenal 2-1 bermula dengan baik namun tewas dengan semangat pemain-pemain Spurs yang beraksi cemerlang. Banyak percubaan dilakukan namun skuad bimbingan Buz Mancini gagal mencari jaringan yang seterusnya dan ini membuka ruang kepada Spurs mencuri kesempatan untuk menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol kemenangan pada 5 minit terakhir perlawanan. Bagaimana Inter melalui perlawanan-perlawanan seterusnya tanpa kelibat Adriano? Sama-sama kita tunggu dan saksikan.
posted by Winning Eleven @ 4:57 PM   0 comments
Good News For Us!!!
Moratti: Adriano Loan Good For Inter

The Emperor’ has been in Brazil for several weeks now receiving clinical treatment for depression.

While in the country he has been training with the Sao Paulo football team, and it has since been decided that he will stay with the 1993 Intercontinental Cup winners until June.

"Our intention is to help him recover and now it seems like he can express himself in the best way,” said Moratti.

"For us the loan in Brazil is really good because at the end of the season he will be in good condition."

Adriano has suffered from numerous personal problems ever since the death of his father and in the last 18 months he has been a shadow of the once great player.

Inter boss Roberto Mancini is also hopeful that the loan-spell will do Adriano good.

"He must continue in this way, engaging himself in the training sessions and he must try to do his best at Sao Paulo in the next six months then we will wait on him," Mancio stated.

posted by Winning Eleven @ 4:53 PM   0 comments
Results
PL : Hotspurs [2] vs [0] AS Roma, AS Roma [1] vs [3] O.Lyon
Searching
Shout Ur Emotion!!!

WE WORLD CUP
1stEURO
TEAM
Pld
PTs
GROUP A
FINLAND
3
7
GREECE
2
2
BULGARIA
2
1
POLAND
1
0
GROUP B
TURKEY
3
7
SCOTLAND
3
4
GERMANY
3
2
UKRAINE
3
2
GROUP C
PORTUGAL
2
6
CZECH
3
4
DENMARK
3
2
ITALY
2
1
GROUP D
SLOVAKIA
4
10
SWITZERLAND
4
7
IRELAND
2
3
CROATIA
3
1
AUSTRIA
3
1
Powered by

BLOGGER

Visitors

Free Hit Counters
Free Counter

Winning Eleven Challenge2008 © Any Comments Or Any Challenge Please Email Us @ wechallenges